Sumber Manusia

Kami ingin melatih kakitangan anda untuk berbahasa Inggeris dengan cara yang paling lancar, berkesan, dan berpatutan. SOLS Smart adalah program yang boleh dituntut HRDF. Untuk mendapatkan pengesahan Cambridge dan Google, perbincangan lebih lanjut amat dialukan.

Kelas kami bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalamperniagaan. Tempat kerja yang cekap dalam Bahasa Inggeris adalah tempat kerja yang berkualiti. Kami meningkatkan keyakinan pekerja dan keupayaan mereka dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris digunakan oleh lebih 1.75 bilion orang di seluruh dunia, majoriti daripada mereka adalah penutur bukan asli. Dengan majoriti kandungan internet yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, dan kebanyakan persidangan antarabangsa, syarikat, dan organisasi menggunakan bahasa Inggeris, majikan perlu menyediakan pekerja dengan kemahiran bahasa yang berkembang pesat ini.

Kelas kami boleh menampung sehingga 25 orang pelatih. Jurulatih kami yang disahkan HRDF akan menyediakan pembelajaran yang menggalakkan para pelatih untuk berinteraksi antara satu sama lain dan mengasah kemahiran Bahasa Inggeris dengan cara yang paling cepat.

Kami meminimumkan jumlah masa yang digunakankan untuk pembelajaran daripada buku dan memaksimumkan masa mempelajari kemahiran-kemahiran berorentasikan perniagaan.

Paling penting, menjadi program yang boleh dituntut HRDF, program ini adalah latihan percuma untuk kakitangan anda. Peningkatan kualiti dalam kemampuan kakitangan membolehkan anda memperluaskan skop perniagaan anda, tanpa sebarang kos.

Program yang boleh dituntut HRDF

Latihan efektif untuk kakitangan anda secara percuma

Latih Kakitangan Anda

Kelas kami mampu menampung sehingga 25 pelatih

Latihan Dalaman

Jurulatih kami akan datang kepada anda.

WhatsApp WhatsApp us