fbpx

EDUPRENEUR

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana anda boleh bekerja sendiri dan masih mendapat pendapatan yang lumayan? Adakah anda ingin mencapai kebanggaan dengan mengubah dunia? Adakah anda bersemangat tentang Pendidikan? Program Edupreneur yang akan kami bawakan ini membolehkan anda memajukan diri dari segi kewangan sambil membantu individu-individu dalam komuniti anda untuk membangunkan diri mereka

Edupreneur adalah inisiatif oleh SOLS smart dan MaGIC untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia sambil merangsang aktiviti keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program ini melengkapkan usahawan pendidikan dengan kemahiran dan sokongan yang diperlukan untuk menjadi Edupreneur dan membolehkan mereka menjalankan kelas mereka sendiri.

Kami mahu anda menjadi seorang Edupreneur yang aktif mengembangkan kemahiran berbahasa Inggeris di Malaysia. Anda akan bertanggungjawab untuk mengajar kelas, menguruskan pelajar anda, memupuk hubungan dengan pelajar, memantau, dan memudahkan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk pelajar dewasa.

Edupreneurs boleh menjangkakan antara RM 2,000 hingga RM 16,000 pendapatan bulanan bergantung kepada bilangan kelas yang mereka jalankan dan jumlsh pelajar yang hadir.

Bekerja sendiri

Dapatkan pendapatan yang lumayan dan ubah sektor pendidikan

Pemasaran terpusat

Kami memasarkan untuk anda dan membolehkan anda memberi tumpuan kepada pendidikan

Metodologi & alatan

Program pendidikan yang berkesan & memberi kesan kepada anda"

WhatsApp WhatsApp us